Anggaran RM3 bilion untuk vaksin Covid-19 - Menteri
  • 3 years ago
Peruntukan RM3 bilion yang diunjurkan untuk membiayai perolehan vaksin COVID-19, seawal suku pertama tahun depan akan dimasukkan dalam perbelanjaan khas.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata keperluan untuk mendapatkan 'penawar' wabak berkenaan akan diperuntukkan dalam Kumpulan Wang COVID-19.

Isu peruntukan untuk vaksin COVID-19 menjadi tumpuan Ahli Parlimen yang berbahas minggu lalu kerana tidak dinyatakan dalam Belanjawan 2021.