RM1.17 bilion telah dibelanja tangani Covid-19 - KKM
  • 3 years ago
Sejumlah RM1.17 bilion termasuk peruntukan sedia ada Kementerian Kesihatan (KKM) sudah dibelanjakan bagi menangani pandemik COVID-19 dalam tempoh Mac hingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Aaron Ago Dagang, berkata angka itu merangkumi dana bernilai RM1 bilion diperuntukkan Kementerian Kewangan bagi menangani wabak itu.

Katanya, perbelanjaan itu bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis, kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagen, test kit dan lain-lain perkhidmatan dalam usaha mengawal wabak COVID-19.