LHDN sasar kutipan RM150 bilion tahun ini
  • 5 years ago
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mensasarkan kutipan yang lebih tinggi dari sasaran kerajaan iaitu RM150 bilion pada tahun ini.Menurut, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, beliau difahamkan bahawa Pengerusi Lembaga Pengarah LHDN Badri Mohd Zahir yang juga ketua setiausaha perbendaharaan amat yakin dengan kemampuan LHDN untuk mendapatkan kutipan tinggi tahun ini.Beliau berkata, kementerian kewangan sebelum ini menyasarkan kutipan yang perlu dikutip oleh LHDN bagi tahun ini adalah RM147 bilion, iaitu sebanyak 7.27 peratus peningkatan berbanding tahun lalu.Beliau berkata demikian selepas berucap pada Hari Hasil 2019 di Lembaga Hasil Dalam Negeri di Cyberjaya hari ini.