K'jaan suntik RM2.8 bilion bagi selamatkan projek TRX

  • 6 years ago
Kabinet telah memutuskan untuk menyuntik RM2.8 bilion untuk projek Tun Razak Exchange (TRX) kerana jika mengabaikannya akan mengakibatkan bayaran pampasan sebanyak RM3.51 bilion.

RM2.8 bilion disuntik ke atas lebih RM3,688 juta yang dipindahkan oleh kerajaan persekutuan kepada pemilik projek TRX City Sdn Bhd (TRXC) sejak 2012.

Secara keseluruhan, kerajaan persekutuan perlu mengeluarkan kos sebanyak RM6.5 bilion.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada sebanyak RM3,688 juta dipindahkan ke TRXC, RM3,067 juta telah disalahgunakan oleh 1MDB, terutamanya untuk pembayaran balik pinjaman 1MDB.