Saya minta RM100 pun tak dapat ini pula RM2.6 bilion - Dr M

  • 6 years ago
Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak boleh menerima bahawa masih terdapat sesetengah pemimpin Umno percaya bahawa keluarga arab menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Dalam mesej video yang dimuat naik di laman Facebook, Mahathir diminta memberi nasihat kepada ahli Umno yang masih berfikir untuk masuk ke Bersatu.

Untuk rekod Najib konsisten mengataka derma RM2.6 bilion yang dimasukkan didalam akaun banknya datang dari keluarga diraja Arab Saudi.

Dalam video yang sama juga, Mahathir berkata parti Bersatu hanya akan menerima bekas ahli Umno yang terbukti tidak lagi terikat dengan perjuangan Umno dan mereka yang mementingkan wang.

Tambah Mahathir lagi bekas ahli Umno yang ingin menyertai Bersatu mesti menyokong perjuangan Bersatu dan lebih ramai ahli Umno sepatutnya keluar parti jika mereka benar-benar berpegang kepada prinsip parti Melayu itu.