Dr M terima RM2.6 juta dari UKSB, 'Kedahan' jadi pengantara - Saksi
  • 2 years ago
Perbicaraan rasuah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyaksikan nama Dr Mahathir Mohamad disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Menurut salah seorang saksi, bekas perdana menteri itu ada menerima dana berjumlah RM2.6 juta sebagai pembiayaan politik melalui anak saudaranya, dikenali sebagai Rahmat Abu Bakar.