Misi galakan pelaburan ke Jepun, Korea Selatan tarik potensi pelaburan hampir RM3 bilion
  • 6 years ago
Misi galakan dan pelaburan ke Jepun dan Korea Selatan baru-baru ini berjaya menarik potensi pelaburan hampir RM3 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking berkata di Jepun, potensi pelaburan berjumlah RM2.13 bilion direkod, antaranya meliputi pelaburan dalam bidang perubatan, elektrik dan elektronik, perkakas rumah dan perabut.

Sementara di Korea Selatan, sebanyak RM711.6 juta antaranya dalam bidang bahan kimia, elektrik dan elektronik dan perkakas rumah dan perabut, katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata misi itu diadakan dari 14 hingga 21 Okt melibatkan 91 anggota yang turut terlibat wakil dari syarikat-syarikat Malaysia.