Saya berterus terang, jangan campur tangan pentadbiran negeri
  • 5 years ago
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berpendapat bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar masih boleh mencampuri soal urusan di negeri itu tetapi bukan sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan negeri.
"Campur tangan dalam pentadbiran negeri, bukan tak boleh. Boleh sedikit sebanyak. "Tetapi yang boleh menganggu proses perjalanan pentadbiran kerajaan negeri, jangan diteruskan," kata Muhyiddin kepada wartawan di Petaling Jaya hari ini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata beliau mengatakan perkara itu secara berterus terang kepada Sultan Johor ketika menghadap baginda baru-baru ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan dialog diadakan dengan kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan perbezaan yang timbul. Ini selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam menyatakan bahawa perlembagaan Johor dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk.

Muhyiddin berkata perbezaan pendapat mengenai perlembagaan negeri Johor adalah antara isu yang mesti diselesaikan.
Recommended