Muhd Taib: Saya tak campur tangan di Perak
  • 9 years ago
Menteri pembangunan wilayah dan luar bandar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak, apabila melantik semula ketua-ketua kampung yang berhenti berkhidmat di negeri itu.

muhammad muhd taibSebaliknya, kata beliau, mereka sendiri yang meletakkan jawatan kerana tidak mahu berkhidmat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka berhenti sendiri dan kementerian tidak suruh mereka letak jawatan sebagai ketua kampung.

"Tetapi kerana mereka masih mahu berkhidmat, kita ambil dan bayar gaji sebagaimana sebelumnya," katanya dalam pertemuan dengan Malaysiakini, Isnin lalu.

Muhammad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kementerian itu menyerapkan ketua kampung yang berhenti dari kerajaan negeri Perak.

http://www.malaysiakini.com/news/82895
Recommended