Kerajaan tak lagi campur tangan harga tiket penerbangan domestik - Wee
  • 2 years ago
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata, kerajaan tidak lagi membuat campur tangan berhubung harga tiket penerbangan domestik namun kerajaan boleh menggalakkan syarikat untuk memberi harga murah sebagai tanggungjawab sosial.

Kata Wee, harga tiket dan jadual penerbangan akan kembali stabil apabila kekerapan penerbangan kembali meningkat.

Wee menjawab soalan Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) dan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai kenaikan tambang bagi perjalanan ke Sarawak dan Sabah, yang mencecah sehingga RM1,599 untuk penumpang kelas ekonomi.