'Polis tak campur tangan saman sivil DOJ'
  • 7 years ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya tidak akan campur tangan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Ketika ditanya sama ada pihaknya akan bekerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkaitan saman sivil berkenaan, Khalid berkata pihak polis tidak akan interframe dalam kes berkenaan.

"Kalau tindakan sivil, polis tidak akan interfere.

"Tidak (bekerjasama dengan FBI) dalam perkara sivil," katanya ringkas pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung saman ketiga DOJ berkaitan 1MDB.