Pejuang mahu IGP kekal, tolak 'campur tangan politik' dalam polis
  • 3 years ago
Parti Pejuang hari ini menggesa khidmat Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador yang bakal tamat bulan depan dilanjutkan.

Gesaan itu di tengah-tengah dakwaan kerajaan cuba mempengaruhi pelantikan jawatan dalam pasukan polis.

Biro undang-undang parti itu yang dipanggil Peguam Pejuang, merujuk kepada rakaman audio dikatakan mirip suara Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin, yang mahu meletakkan ‘orangnya’ di dalam pasukan itu.
Recommended