Dr M: Kalau istana campur tangan, kami akan batal keputusan Johor
  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan pusat akan membatalkan keputusan kerajaan Johor dalam mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun sekiranya terdapat bukti campur tangan pihak istana negeri itu.Kata Dr Mahathir, istana tidak ada hak untuk untuk campur tangan sebarang keputusan kerajaan pusat.“Ada cerita campur tangan istana dalam keputusan kerajaan Johor mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun.“Istana tidak ada hak untuk campur tangan keputusan kerajaan.“Kami akan membatalkan keputusan Johor jika bukti ada campur tangan istana,” katanya.