'Jangan dahulukan politik sebelum rakyat' - Annuar tak setuju PRU masa terdekat
  • 4 years ago
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Annuar, yang bersetuju dengan pandangan warga maya mengatakan semua pihak terutama ahli-ahli politik perlu mengambil iktibar apabila penyebaran COVID-19 menjadi lebih buruk ketika Pilihan Raya Negeri Sabah berlangsung.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyaksikan upacara penyerahan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, di Kuala Lumpur.
Recommended