BN dan Bersatu tak renggang, apa yang berlaku lumrah politik - Annuar
  • 2 years ago
Annuar Musa menolak andaian bahawa hubungan di antara Umno dan Bersatu semakin renggang, sebaliknya menyifatkan pergolakan yang berlaku di antara kedua-kedua parti sebagai lumrah politik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada hubungan tegang di antara BN dan Bersatu di peringkat persekutuan akan memberi kesan kepada kerjasama dua belah pihak di Sabah.

Terdahulu Annuar mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Langkuas, Kinarut, Sabah.

Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/980699869499292
Recommended