'Jangan gelabah seolah-olah jadi calon segala-galanya' - Annuar
  • last year
Penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Annuar Musa memberi nasihat kepada pemimpin-pemimpin Umno yang nama mereka dikhabarkan tidak tercalon dalam pilihan raya umum ke-15.

Terdahulu, penyandang kerusi Parlimen Arau Shahidan Kassim telah menutup semua bilik gerakan Barisan Nasional parlimen itu dipercayai kerana kecewa namanya digugurkan dari senarai calon.

Nama Annuar Musa juga dilaporkan tidak tersenarai sebagai calon BN bagi mempertahankan kerusinya pada PRU15.