Nazri tak setuju lompat parti, cadang PRU-15 untuk tamatkan pertikaian
  • 4 years ago
Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) dalam gilirannya untuk membahaskan titah diraja hari ini, beliau mengatakan secara peribadi tidak setuju dengan tindakan lompat parti kerana melanggar kehendak rakyat.

Susulan itu Hanipa Maidin (PH-Sepang) mencadangkan supaya kerajaan menyerahkan semula pemerintahan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana itu merupakan mandat rakyat pada pilihan raya yang lepas.

Bagaimanapun Nazri berkata, isu dalaman PH yang telah menyebabkan kejatuhan gabungan itu dan mencadangkan PRU-15 diadakan pada bila-bila masa bagi menamatkan segala pertikaian yang berlaku di antara PH dan Perikatan Nasional.
Recommended