Takiyuddin- Nampak macam Hadi tapi belum tentu Hadi
  • 5 years ago
Selepas tular sekeping gambar menunjukkan tiga kelibat lelaki termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan seorang bos syarikat berkaitan kerajaan (GLC), seorang pemimpin PAS hari ini tidak dapat mengesahkan identiti tokoh tersebut.Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan seperti dipetik portal BH Online berkata gambar yang tular tersebut tidak jelas atau kabur.Justeru kata Takiyuddin beliau perlu menyemak gambar berkenaan sebelum dapat memberi kepastian.Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga menjelaskan bahawa sememangnya PAS mengenali bos GLC terbabit namun menegaskan individu berkenaan juga turut dikenali pemimpin Pakatan Harapan termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Gambar tersebut tular selepas pendedahan bahawa Abdul Hadi membayar editor Sarawak Report sebanyak RM1.4 juta bagi menyelesaikan saman fitnah di luar mahkamah UK.Takiyuddin turut menegaskan PAS tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyerang parti itu, kecuali ia sampai ke tahap fitnah melampau.
Recommended