Abdul Hadi, Takiyuddin kata PAS tetap istiqamah dengan PN - Muhyiddin
  • 2 years ago
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menegaskan PAS masih teguh dan istiqamah untuk berada dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan dalam pertemuan pada Aidilfitri, baru-baru ini.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, hari ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/1206654903485863