'Macam nak runtuh siling bila saya dengar orang percaya'

  • 8 years ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkongsi episod sukar apabila difitnah di laman media sosial mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan membawa 40,000 pengundi Bangladesh menjadi pengundi hantu ketika Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Najib turut menjelaskan Datin Seri Rosmah Mansor turut difitnah apabila pembangkang mendakwa isterinya hadir dalam mesyuarat kabinet walhal gambar tersebut mereka berbincang di sebuah hotel di Beijing dalam satu lawatan rasmi.