'Kami tak pernah masuk Umno, macam mana nak balik pada Umno_' - Wan Fayhsal

  • 3 years ago
Walaupun sayap pemuda Bersatu (Armada) masih baru berbanding parti-parti politik lain, mereka tetap bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berdasarkan pengalaman PRU-14 yang lalu, kata ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Katanya lagi, Armada akan terus mempertahankan kepimpinan presiden parti, Muhyiddin Yassin bersama-sama rakan-rakan lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, termasuk Barisan Nasional.

Wan Fayhsal mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki minggu lalu yang menggesa presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan seluruh kepimpinan Bersatu untuk kembali ke pangkuan Umno.

Recommended