Ada menteri boleh tunggu saya 2 jam? Nak menang PRK, macam-macam cerita
  • 4 years ago
Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal menafikan kenyataan bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman yang menceritakan pernah menunggu selama dua jam di pejabat Shafie ketika beliau menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah bagi memohon projek pembangunan untuk Kimanis.

"Saya pun tak tahu ada menteri luar boleh tunggu saya 2 jam.

"Nak menang pilihanraya ni, macam-macam cerita," katanya ketika ditemui selepas selesai ceramah.

Semalam, Anifah menceritakan detik-detik beliau kena menunggu Shafie selama 2 jam untuk berjumpa dengannya.

"Saya membawa pemintaan rakyat Kimanis mohon RM50 juta untuk projek pembangunan termasuk lampu, air, jalan-jalan kampung...dia bagi saya tunggu, saya juga menteri, dua jam (tunggu) di pejabat dia.

"Dua jam dia keluar...saya tahu dia bukan ada mesyuarat, tapi dia sengaja mahu tunjuk kuasa dia...Dia mahu saya tunggu di luar (pejabat).

"Saya kira mahu jelaskan, apa (projek pembangunan) yang di Kimanis, apa yang perlu di Membakut, apa yang perlu di Bongawan...dia ambil sampul surat itu dia masuk pejabat tarik pintu...sampai ke pilihan raya tidak ada apa-apa (projek)," kata Anifah ketika ceramah perdana Dun Bongawan, Kimanis, malam kelmarin.

Recommended