PRK Tg Piai: Calon MCA janji hantar warga emas tunai umrah jika menang PRK
  • 4 years ago
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berjanji mewujudkan semula program penghantaran warga emas kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah sekiranya memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai kelak.

Menurutnya, program itu pernah diwujudkan dengan kos pergi dan balik sekurang-kurangnya 10 warga emas kurang berkemampuan dari Parlimen Tanjung Piai menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah ditanggung beliau sepenuhnya.

"Saya juga ada buat satu program khas untuk masyarakat Melayu... ingat lagi tak saya dahulu ada hantar 10 warga emas untuk menjalani ibadat umrah di tanah suci Makkah?

"Saya juga boleh membuat komitmen dan janji kalau BN menang kali ini, kita mahu hantar lagi warga emas ke tanah suci," katanya sewaktu menyampaikan ucapan pengenalan diri sebagai calon MCA dari BN di program ceramah kelompok BN, Pekan Nanas malam tadi.