"Tak boleh tidur tunggu sampai dapat nombor telefon Trump," cerita Rosmah

  • 7 years ago
Rosmah Mansor mendedahkan peranannya dalam perbualan telefon antara suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Rosmah berkata beliau terpaksa melakukan banyak peranan di rumah, termasuk menjawab telefon bagi pihak Najib.

Rosmah berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.

Ucapan itu dimuat naik ke Youtube.

Mendedahkan lebih lanjut, Rosmah berkata pemanggil itu meminta 10 minit untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.

Najib juga, kata Rosmah lagi kemudian, meminta kepastian atas perkara itu.

Beliau juga berasa Trump mudah dihubungi dan Najib tidak perlu melalui ramai orang untuk dapat bercakap dengan jutawan itu.