'Kalau Guan Eng mahu nombor telefon Muhyiddin, saya boleh bagi'
  • 4 years ago
Presiden MCA Wee Ka Siong secara sinis menawarkan untuk memberi nombor telefon Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Sindiran Wee itu hadir selepas Lim secara terbuka mengkritik tindakan polis menghalang Kongres Organisasi Cina yang dianjurkan Dong Jiao Zong bagi membincangkan isu jawi dan pada masa sama membenarkan Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan dua bulan lepas.

Tak ada nombor telefon Muhyiddin? Kalau mahu, saya boleh bagi.

"Ingat, jika berada di luar negara, aktifkan fungsi roaming, bayaran hanya RM38 sehari. Sekadar peringatan mesra," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Lim menyuarakan kekecewaan DAP dengan tindakan polis menghalang Kongres Organisasi Cina yang dianjurkan Dong Jiao Zong bagi membincangkan isu Jawi.
Recommended