'Kalau perlu buat kajian, kenapa Muhyiddin janji bantuan segera?' - Teo
  • 2 years ago
Seorang ahli Parlimen pembangkang membidas kelewatan lebih 10 bulan untuk menaikkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara RM200 hingga RM300 kepada RM1,000 yang dijanjikan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tahun lalu.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) mempersoalkan adakah janji Muhyiddin itu sekadar “janji kosong” kerana sehingga kini ia belum dilaksanakan.

Beliau turut menyindir adakah Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menukar maksud “segera” kepada setahun.
Recommended