Kenapa audio 'scheme of things' Muhyiddin tak disiasat? - Anwar
  • 3 years ago
Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa dua audio dipercayai mirip suara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin yang didakwa melibatkan ugutan dan rasuah tidak disiasat polis.

Sedangkan kata Presiden PKR itu, audio perbualan didakwa mirip suaranya dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengandungi unsur jenayah pula yang disiasat.

Beliau membangkitkan persoalan itu selepas selesai memberikan keterangan sebagai saksi di Bukit Aman berhubung perkara itu.
Recommended