'Kalau jadi mangsa, kenapa bayar kompaun RM1.1j?' - MP PH tanya Ahmad Maslan
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan berkata dia menjadi mangsa kepada dana politik yang tidak diaktakan.

Kenyataan itu membuatkan ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mencelah dan bertanya sekiranya menjadi mangsa kenapa membayar kompaun RM1.1 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ahmad daripada pertuduhan tidak mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada SPRM.