SPRM dedah rakaman panggilan telefon Rosmah 'marah' Najib
  • 4 years ago
Rosmah Mansor membuat panggilan kepada suaminya Najib Abdul Razak dengan nada marah pada 27 Julai 2016 melalui rakaman telefon yang dihantar individu tanpa nama kepada SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Pada sidang media khas, di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Beliau berkata, perbincangan antara individu dalam rakaman terbabit menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit, pemalsuan dokumen dan ancaman keselamatan negara.

Latheefa berkata, SPRM tidak akan membuat sebarang tanggapan terhadap rakaman