Video: Polis, penduduk tangkap pencuri 'sorok' dalam siling rumah
  • 8 years ago
Rakaman seorang pencuri yang 'menyorok' di dalam siling sebuah rumah dalam cubaan untuk melarikan diri daripada ditangkap polis dan penduduk kampung viral di media sosial.

Dalam rakaman tersebut jelas memaparkan seorang lelaki sedang berada di dalam siling di beranda rumah berkenaan dengan orang ramai dan anggota polis sudah bersiap sedia untuk menangkapnya.

Lelaki tersebut kemudiannya turun dari dalam siling tersebut dan dipukul oleh penduduk sebelum dibawa masuk kedalam rumah berkenaan.