Penduduk tak puas hati 'Tokong Datuk' depan rumah diroboh
  • 3 years ago
Baru-baru ini, beberapa penduduk sebuah taman di Kepong, Kuala Lumpur menerima sepucuk surat dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meminta mengubah Tokong Datuk di depan pintu rumah mereka.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk berkenaan.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ms Wu berkata kini Tokong Datuknya telah dirobohkan dan disita oleh pihak DBKL.