Yang tak puas hati sentiasa ada, dulu, kini dan akan datang
  • 8 years ago
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata parti Umno adalah parti yang mengamalkan demokrasi dimana sokongan majoriti diambil kira bukan batahan yang lahir dari sekelompok kecil sahaja.

Tambahnya, kelompok yang tidak berpuas hati sentiasa ada di dalam Umno sejak dulu kini dan akan datang namun suara majoriti dalam parti yang akan diambil kira.

Beliau berkata begitu ketika diminta mengulas perkembangan sejak akhir-akhir ini di mana ada dari cawangan-cawangan Umno mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagap perdana menteri.