Suu Kyi tak puas hati k'jaan lengah keputusan

  • 8 years ago
Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) yang diketuai pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi semalam menuduh kerajaan Myanmar sengaja melengahkan keputusan pilihan raya umum yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menurutnya, NLD memenangi 78 daripada keseluruhan 88 kerusi di Dewan Rendah Parlimen setakat semalam sekali gus bakal mencatat kemenangan besar apabila keputusan pilihan raya diumumkan.