Wee tak puas hati soalan wartawan Malaysiakini cuba perangkap Calon BN
  • 4 years ago
Presiden MCA Wee Ka Siong mendakwa Malaysiakini "memerangkap" calon parti itu dalam PRK Tanjung Piai, Wee Jeck Seng.

Ia selepas wartawan Malaysiakini bertanya Jeck Seng sama ada MCA sebahagian anggota Muafakat Nasional yang dimeterai PAS dan Umno.

"Tadi Malaysiakini tanya soalan di Tanjung Piai dan ia sudah memerangkap calon," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

"Sudah bertahun saya pakai istilah Muafakat Johor. Bukankah ia slogan atau semangat yang kita dukung sama-sama?