PRU: 'Tarikh paling sesuai ikut jadual, tapi kerajaan macam nak ambil peluang'
  • 2 years ago
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berpandangan, tarikh yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) adalah selepas tempoh penggal pemerintahan berakhir.

Bagaimanapun Pengerusi Pejuang itu berkata, kerajaan pusat dilihat seperti cuba mengambil peluang daripada parti-parti pembangkang yang masih tidak bersedia sekiranya mengadakan PRU lebih awal.