Mahathir nafi Pejuang laluan mudah untuk Mukhriz jadi PM
  • 4 years ago
Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan penubuhan partinya itu semata-mata untuk menjadikan anaknya, Mukhriz Mahathir sebagai perdana menteri.

Malah, Mahathir berkata adalah tidak adil untuk dia melarang anak-anaknya untuk menyertai mana-mana parti politik sedia ada di negara ini.

Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr R Sivaperegasam Rajanthiran bahawa penubuhan parti Pejuang hanya untuk menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri.