Raja pun tak buat majlis kahwin macam anak Najib, kata Mahathir
  • 8 years ago
Dr Mahathir Mohamad berkata keluarga diraja tidak membuat majlis perkahwinan macam yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk anak perempuannya.

"Ia sangat luar biasa. Bunga sahaja berharga RM3 juta," kata bekas perdana menteri menyatakan demikian dalam temu bual video yang dimuat naik dalam YouTube semalam oleh blogger Din Turtle.

Belia merujuk kepada majlis resepsi anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessibayev di KLCC pada 28 Mac tahun lalu.