'Kalau kita tak belajar lagi, tak layak lagi memerintah'
  • 4 years ago
Presiden PKR, Anwar Ibrahim diminta mengulas mengenai penurunan drastik pengundi Cina di Tanjung Piai. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengakui bahawa undi masyarakat Cina di Tanjung Piai terhadap Pakatan Harapan (PH) merosot. Justeru itu katanya, PH kini perlu fokus kepada penolakan masyarakat itu yang membawa kepada kekalahan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Karmaine Sardini pada Sabtu lalu. “Ada perubahan undi Cina dan Melayu juga. Saya tidak percaya ada isu perkauman dan saya rasa kita perlu faham kekecewaan rakyat pelbagai kaum. “Mesejnya jelas kita untuk ambil perhatian,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.