'Kalau Anwar tak sabar jadi PM, dia tak masuk penjara'

  • 6 years ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan spekulasi yang mengatakan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sabar mahu menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Wan Azizah yang mempertikaikan spekulasi itu mengingatkan bahawa Anwar sebelum ini telah pun bersabar dengan pelbagai ujian termasuk dipenjara.

Wan Azizah berkata demikian dalam wawancara bersama Malaysiakini di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Recommended