Dr M orang pertama demam kalau saya jadi PM - Anwar Ibrahim
  • last year
Ketua PKR Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan dia bekerjasama dengan UMNO, dan berkata "ini naratif palsu yang dijaja oleh orang tertentu dalam BN dan Perikatan Nasional".

Anwar menjawab kenyataan Dr Mahathir yang tidak akan menyokong Pakatan Harapan serta mendakwa rundingan telah berlaku diantara PH dan BN dengan berkata, “Orang tua ni nak kena!” Anwar dipetik berkata demikian pada ceramah di Seberang Jaya pada malam Ahad.

Anwar kemudian mengulangi bahawa beliau tidak akan sekali-kali menyokong orang yang mengamalkan rasuah, walaupun ia bermakna beliau kehilangan peluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/846731103208194