'Tak payah naik bendera putih ke hitam, naik bendera biru tak apa' - PM
  • 3 years ago
Rakyat Malaysia tidak perlu bimbang tidak akan menerima sebarang bantuan makanan memandangkan kerajaan mempunyai rekod penerima bantuan, kata Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri itu turut berseloroh bahawa rakyat tidak perlu mengibarkan bendera putih di rumah masing-masing tetapi boleh menaikkan 'bendera biru'. Bendera biru dipercayai merujuk kepada bendera Perikatan Nasional.

Muhyiddin berkata demikian kepada RTM pagi ini selepas merasmikan Program Bakul Prihatin Negara.

Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=5O1KHDgQ6i8
Recommended