Tangisan Datuk Jackie Chan dan geng JC Stunt Team selepas 40 tahun tak berjumpa
  • 7 years ago
Sebak bercampur suka, senyum ditambah air mata, itulah reaksi Datuk Jackie Chan apabila ditemukan semula dengan geng lagak ngerinya selepas tidak bertemu 40 tahun lamanya.

Dalam rakaman satu program televisyen Jackie Chan dijemput sebagai tetami khas untuk segmen tribute bersama aktor terkenal itu.

Namun Jackie tidak mengetahui tentang kejutan yang bakal diterima beliau dengan kru produksi program berkenaan membawakan kesemua anggota JC Stunt Team sebagai hadiah istimewa kepadanya.

Program tersebut menayangkan video mengenai kumpulan tersebut dan Jackie memberitahu telah tidak bertemu dengan mereka hampir 40 tahun.

Jackie ketika berucap sempat menoleh kebelakang dan pada mulanya tidak menyedari kesemua geng lawak ngerinya telah berada dibelakangnya,Jackie kemudiannya menoleh kebelakang sekali lagi dengan wajah terkejut dan menangis.

Jackie kemudiannya terus memeluk mereka manakala penonton yang berada di studio terus bangun memberikan tepukan dan turut berasa sebak menyaksikan momen tersebut.