Selepas Irwan, Najib akan dipanggil oleh PAC esok
  • 6 years ago
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkata mereka telah menyoal bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai pembayaran balik GST yang dikatakan hilang.

Seterusnya yang akan disoal oleh PAC ialah bekas perdana menteri dan bekas menteri kewangan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas PAC membuat pertemuan mereka dengan Irwan di bilik mesyuarat jawatankuasa PAC di parlimen hari ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee berkata prosiding hari ini adalah pendek kerana mereka hanya bertanya soalan susulan berdasarkan keterangan pertama Irwan.

Pendengaran itu menyiasat tuntuan sebanyak RM19.4 bilion oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) yang tidak diluluskan oleh perbendaharaan.