NBA tangguh permainan selepas boikot oleh Milwaukee Bucks
  • 4 years ago
Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA) menangguhkan ketiga-tiga permainan 'playoff' pada hari Rabu selepas pasukan Milwaukee Bucks memboikot permainan kelima dalam siri mereka menentang Orlando Magic bagi memprotes ketidakadilan kaum.

Aksi oleh pasukan yang berpusat di Wisconsin itu susulan tindakan polis menembak Jacob Blake, seorang lelaki kulit hitam sebanyak tujuh kali di bandar Kenosha, juga di Wisconsin Ahad lalu.

Laporan oleh Reuters.