'Itulah taraf PAS sekarang', kata Guan Eng selepas dilabel pondan
  • 5 years ago
LGE mendakwa dirinya menjadi "soft target" atau (sasaran lembut) pembangkang.

Dia menambah pembangkang sering memainkan sentimen dan emosi bagi menimbulkan kebencian terhadap dirinya dan kerajaan.

Beliau menjawab ketika ditanya tentang insiden Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary dari PAS yang mengganggunya dan berseloroh "Saya Anak Jantan, bukan Pondan" ketika menggulung ucapan Akta Perbekalan Tambahan (2018).

Tambahnya lagi sistem tender terbuka masih lagi diselanggara Kerajaan, bezanya sekarang tidak perlu lagi mendapat tandatangan dari Ketua Bahagian sebagai contoh. Kerajaan mahu menjauhi amalan seperti ini yang memberikan tender kepada orang tertentu.