Selepas 15 tahun, mangsa serangan 9/11 terus hidup derita
  • 8 years ago
Selepas 15 tahun, insiden serangan 9/11 dirasakan sudah lenyap dalam sejarah.

Namun bagi warga kota New York, mereka masih lagi merasai kesan dahsyat termasuk sakit mental dan fizikal yang masih menjadi sebahagian hidup mereka seharian.

Kadar penyakit kanser dalam kalangan mereka yang masih hidup, kebanyakan mereka dikaitkan dengan menyedut debu daripada serpihan bangunan runtuh, meningkat sejak beberapa tahun lalu.