Zahid beri amaran tindakan selepas BERSIH 4

  • 9 years ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran bahawa polis boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dan peserta BERSIH selepas perhimpunan itu.

Menegaskan polis tidak akan lepas tangan, Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri berkata pihak berkuasa akan terus memantau termasuk tokoh di sebalik pengajuran dan meneliti ucapan mereka.