'Tunggu 16 Julai' - Amanah beri amaran protes besar-besaran
  • 2 years ago
Satu himpunan besar-besaran akan diadakan pada 16 Julai ini jika kerajaan gagal menunaikan tiga tuntutan utama berkaitan krisis makanan yang dihadapi rakyat.

Perkara itu dinyatakan Adun Taman Templer, Sany Hamzan selepas menyertai himpunan berhubung kenaikan harga barang di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.