Selepas belajar Jawi, apa selepas ini? tanya peguam Siti Kasim
  • 5 years ago
Aktivis dan peguam Siti Kassim yang baru sahaja menubuhkan NGO Malaysian Action for Justice and Unity Foundation, atau Maju, yang menurutnya bertujuan menjadikan suara rakyat Malaysia yang "sederhana, progresif dan liberal" lebih didengari tidak setuju perlaksanaan Jawi dalam pendidikan di Malaysia.
Dia mempersoalkan kenapa pembelajaran Jawi perlu diletakkan dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan dia berpendapat Jawi adalah metodologi halus supaya golongan bukan Islam akan lama-kelamaan mengenalpasti huruf Jawi.

Siti berkata dia tidak menentang pendidikan Jawi namun dia berkata jika matapelajaran Jawi itu dijadikan satu pilihan, pihak-pihak seperti Dong Zong tidak akan mempertikai perlaksanaannya.