Selepas Taiwan, taufan Meranti mengganas di Xiamen, China

  • 8 years ago
Selepas taufan Meranti membadai Taiwan, ia hari ini merebak ke tanah besar China dengan membawa hujan lebat dekat Xiamen, wilayah Fujian.

Angin kencang yang dibawanya sehingga mencecah 230 batu sejam atau 370 kilometer seja, lebih laju dari kereta F1.

Meranti adalah taufan paling kuat sejak taufan Haiyan membelasah Filipina pada 2013.

Sebaik sahaja matahari terbit pagi ini, penduduk dan wartawan keluar untuk meninjau kerosakan teruk akibat taufan itu.